Wednesday, March 23, 2011

> 10 Amalan Yang Dah Terbalik


 perjalanan ku masih jauh...

selamat....selamat...selamat...amacam ngan perjalanan ari2 korang...ada okey??? atau sama je....kita lupakan perkara itu, ni aku nak kongsi entri ngan korang....lepak punya lepak, baca punya baca...aku tertarik dengan tajuk ni...sungguh tidak ku sangka...kekekeke.....memang best dan menusuk kalbu bahan bacaan ni...tu pasal aku nak kongsi ngan korang...time baca 2, automatik aku tersedar...memang betul perkara ini sedang berlaku di sekeliling kita...amalan2 yang depa sebut ni memang selalu di amalkan....hang tak percaya...hang try baca....

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

 bersederhana dalam semua hal..

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

 macam-macam pesyen da wujud kat dunia nie....

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?



7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

 hanya doa serta istiqamah jalan terbaik untuk kita...

haaaaaa....amacam, betul x apa yang cheq kata....2 la pasal cheq suh korang baca..bukan apa, jz nak bg peringatan skit....sebab, manusia zaman sekarang ni x macam dulu...ari2 nak di bg ingat...kalo x kompem hanyut....hehehe...padahal aku pon sama je....so, bila da baca 2 kongsi2 la ngn kengkawan yang lain kn....jangan kedekut....apa apa pon aku arap kita semua berjaya di dunia dan akhirat...tepuk dada tanya lah iman....

p/s: kalo pasal makan memang aku suka....hahaha

Thursday, March 17, 2011

> Mengapa Perlu membaca Al-Quran, walaupun tidak memahaminya


mesti korang penah tengok ataupun baca artikel ni kan....tp aku x kisah ponn korang baca ke tak...tapi, benda2 mahupun perkara2 seperti ini harus diambil tahu....yela, level kita semua memang x sama......tepuk dada tanya la iman kan....tp, x salahkan sekiranya take time skit baca artikel ni......saja post kat blog aku ni, manatau dengan melihat blog aku ni korang minat nak baca plak...hee...okey, korang baca tau...jangan x baca..

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.



Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

haaa, macam mana...best kan cita ni.....boleh dibuat pengajaran dan iktibar.....bak kata pepatah yang x patah.....buang yang keruh ambik yang jernih....jadi, sama2 la kita yerrr.....jangan segan2.....peace no war...

p/s: teringat time kecik baca quran ramai2 ngn kengkawan......

Sunday, March 13, 2011

> Ada Apa Dengan BOLA..(AADB)



assalamualaikum semuaaa.....tengah boring2 ni xtau nak buat apa kn...main dota pon asyik kalah jer..menci..menci..menci....auwwww.....ni lagi satu entri wa nak share ngn lu olang sume...haaaaaa.....nk tau x, aku ni pon bukannya tau sangat pasal bola...tp da di sekeliling aku ni,budak2 gila bola semuanya,so aku pun tidak terlepas daripada mengambil tahu pasal benda ni...

yang syoknya bola ni kn bila kita tengok ramai-ramai...perghhhhhhhh, x taw nak cakap macam mana....feeling seperti berada di sebuah mahligai yang indah...hahaha...suasana yang meriah....borak2 ngan member sambil makan plak tu...alaaahhhhaaiiiii...abis duit kalau macam ni...heee

kebiasaannya la kan, orang lagi suka tengok kat kedai mamak...ini adalah kerana...ecececece...sebab kat kedai mamak memang strategik glerrrr....siap skrin besar lagi, paling cikai pon televisyen..itu pn flat skrin.. besar plak tu..puas hatii beb...pasal 2 la ramai yg tengok kalo time bola ni...lagi-lagi kalau game-game yang besttt..contohnya adalah Barclays Premier League, champions League,World Cup...LA Liga, Bundes Liga...dan bermacam-macam lagi.....aku pun xtau sangat nih...hehhehe


haaaa...korang tengok ni...ramai kan...belambak-lambak orang tengok bola kat kedai mamak......



salah satu di antara piala yang menjadi rebutan bagi semua kelab....


pastu time tengok bola...masing-masing ada kelab pebret.....alaaaaaaa, kelab kegemaran la katakan...haaaaa, tu yang tambah syok tu...bila gol, semua sorak..siap ada yang terbatuk-batuk lagi...hahahhahaa....tak pun air tumpah kat atas meja...kira standard la tu kan...hahahhahaa...orang da hepi, nak buat macam mana....mak bapak dorang pon x leh nak larang....hehehehe

haaaaaaa, ni aku nak tanya korang ni....antara kelab2 bola la kan....kelab mana yang korang suka???.....sapa jawab aku bagi hadiah..hehehe,...eh xda laa....gurau jerrr........aku sebenarnya meminati kelab Manchester United....tp macam biasa la kn, x kurang hebatnya yang membenci MU ni...tp pilihan masing-masing kan...kecooohhhh pehaaallllll.....opssssss, ter'emo' la pulak....even kadang-kadang corak permainan dorang ni agak behambur mahupun berselerak..tp gua tetap suka kepada Counter Attack yang dorang lakukan....dalam bahasa melayunya 'serangan balas'....tang tu la yang gua syok tengok....hehehe


Manchester United
 

 Wayne Rooney...the white Pele...

syok-syok juga...tpi pasukan negara kita sendiri jangan lupa...memanglah perbezaan corak permainan mereka amat ketara namun..kita sebagai rakyat harus menyokong dan menerima...kerana itu lah dikatakan semangat...amboi, da macam bagi ucapan la pulokk......hahahhahaha.....korang tau kan yang baru-baru ni..Malaysia menang piala Suzuki...haaaa, bukan calang-calang.......juara tu.....siap kena puji lagi dengan Ferdinand kat TWITTER....ferdinand ni player Manchester jugak...hehehe........kira ok la 2 kan, dapat jugak menaikkan nama negara....

so..apa-apa pon, kita hendak lah mengurangkan kontroversi dan hendaklah meningkatkan prestasi...opssss, tagline sapa plak aku curik ni....hahahahaha.....satu jer aku nak pesan, tengok bola tu jangan sampai ada yang bergaduh ke, apa ka...kan...x elok la weyh....lagipon semua da besar...x kan yang tu pun aku nak bagitahu...hahhahaha...janji sembahyang jangan lupa disebabkan oleh BOLA...sesungguhnya, bola itu...bola itu...bola itu adalah bulat....kakakakkakaka......jumpa lagi di next entri......




 






haaaaa...mereka-mereka inilah yang membanggakan kita dalam kancah bola sepak di Malaysia....cayaaaallaaaaahhhhhhh

pesanan penaja:
a)solat itu tiang agama...
b)tengok bola sungguh syookkk.....



Friday, March 11, 2011

> JANGAN TELAN PANADOL

PANADOL? ada apa dengan panadol.....itu menjadi persoalannya...adakah....???jeng..jeng...jenggg.....melalui pembacaan aku, panadol dapat melegakan kesakitan..TAPI...aku ulang sekali lagi....TAPI......terdapat kesan sampingan daripadanya.....adakah anda tahu IMPAK mahupun kesan sampingannya....huh...cakap panjang lebar pon susah jgk kn....ni aku nak share artikel kt FB..atau lebih sinonim dgn nama Facebook mahupun MUKABUKU......haiyaaaaaa......mari sama2 kita take time untuk membacanya......

 lawa jugak tangan model ni kn...kekekeke

cerita ini bermula dengan.........haaa, korang baca je laaa.....

SEBUAH KISAH BENAR....

Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.


Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

 just sample jer....men rembat jer pic ni...huhuhu


Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

 berjuta-juta bijik......


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda.

NOTE: aku lagi sanggup makan sayur pahit2 drpd telan benda ni.....

> Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

KLCC

mungkin ramai yang da tau pasal tempat ni....tp aku duli ape kn....aku just nk share jer.....boleh bc time boring...xde la lepak2 buang mase kt kedai mamak 2.....hehhehehe......sape yg x kenal ngn menara bekembar kite ni....sebut je kt mn...sume orang tahu.....even kt jepun, amerika, dalam gua...tepi sungai...bawah pokok...opsssssssss, terlebih sudahhh !!!!.......... kat mn2 jerr pasti dorg tahu.....tp, x sure la kalo ade lg yg x tau kn...da nasib badan nk bt mcm mn...huhuhu

 perghhhhhhhhhhh,........memang sammmmaaarrrttttttt laaaaa!!!!!

okey la...untuk pengetahuan korang, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur adalah pusat pameran dan konvensyen utama di Kuala Lumpur Malaysia....Pusat pameran dan konvensyen yang dibina khas ini merupakan sebahagian dari kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur, juga dikenali sebagai KLCC. Direka sebagai "bandar dalam bandar" tapak seluas 40 hektar (100-ekar) termasuk taman KLCC, pusat membeli-belah Suria KLCC Menara Berkembar Petronas bagi memberikan alamat ternama kepada Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. dan
Taman bawah air Aquaria KLCC berkeluasan 60,000 kaki persegi (5,600 m²) terletak di bawah pusat konvensyen....

 syok gler tgk time ni !!!!!!!

selain itu kawan-kawan...amboi, mcm cite kt adik2 pulak.....kekekeke....pelbagai acara yang di 'run' kn kt klcc ni...anataranye ialahhhh :

  • Sidang Kemuncak ASEAN ke-11 2005
  • East Asia Summit 2005
  • Upacara bersanding Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa - 28 Ogos 2006
  • XVIII FIGO World Congress of Gynecology and Obstetrics (FIGO)(8,294 wakil)
  • 12th APLAR Congress Of Rheumatology 2006 (2,026 wakil)
  • 6th Asian & Oceanian Epilepsy Congress 2006 (1,000 wakil)
  • Pikom PC Fair (Diadakan tiga kali setahun)
  • Pameran Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam 2007
  • Persidangan Menteri-menteri Koperasi Asia-Pasifik Ke-8 2007
  • 3rd International Asia Pacific Society of Infection Control (APSIC) 2007 (1,600 wakil)
  • 39th ASEAN Ministerial Meeting 2007
  • 16th World Congress on Information Technology 2008
  • 13th International Congress of Infectious Diseases 2008
  • My Fair Lady the Musical 2007
  • Chicago the Musical 2007
  • Beauty and the Beast the Musical 2008
aku rs yg ni je aku nk kongsi tuk ari ni....lain kali aku cri cite yg best2 plak kn...2 pn kalau ade laaa.......hahahaha......beres...jmp lg d next entri....

 lawa jgk time mlm2 kt sini...ewahhhh

haaaaaaa......nampak mcm seram je kn...seram laa sangat...huhuhu

best gler kalo dapat main air kt situ....wuhhhhhhhh !!

nampak santai....cayalaaahhhhh !!

sumber yang aku petik drpd wikipedia....sori....huuu

P/S : MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU

> cerita ROBOT

Malaysia University Robot Competiton atau lebih dikenali sbgi MURoC telah berjaya dilaksanakan bg tahun 2011..sprt biasa, UiTM telah menghantar wakil untuk 'memfollow' pertandingan tersebut...terbahagai terdarab tertambah dan tertolak kpd 3 bahagian...antara caalon-calonnya,opssss salah lagi...mcm anugerah skrin plak...huhu...antara kategori yg dipertandingkan adalah Fire Fighting Robot, Rope Climbing Robot, dan Paintball Robot....

dlm per'fight'an ini...UiTM telah berjaya mndpt 2nd place bg acara fire fighting robot.....even 2nd place pown, kira menang la jugak kn....okeh la 2...manakala bg 2 acara yg lain, kteorg berjaya mendapat saguhati...aik..ad ke saguhati time 2??? hahaha....kteorg tidak berjaya mendapat tempat la...tp xpe, boleh cuba lg taun depan.....janji kteorg da cbe kn....

time competiton 2 mmg happening glerr.....x kira di dalam mahupun di luar dewan...semua menjerit-jerit..mcm ad kebakaran jer...kecoh pehal...aik..pelik gak aku time 2....hahahaha...tp, siyes aku ckp...mmg bes la...macik2 kt perlis 2 siap bwk ank2 die lg pi tgk robot.. x cite plak pasal awek2 kt sn...perghhhh, lawa2 siot...kekeke...biasa la..org utara la kn...mmg lawa2 pon...

aku da penat nk becite ni, korang layan je pic2 kt bawah ni...hehehe

haaaaa, yang ni team kteorang masa last day kt sn...masing2 nk begambar...semangat nak balik s.alam pon adaaa....

pic kt atas ni nk kompemkan tempt pertama dan kedua...fire fighting...kira sengit jugak la...tgk tu c raed...sampai tedudk tgk robot.....hahahaha

tuk climbing robot plak....nasib x menyebelahi...sbb upm pnye lagi laju...ap-ap pon....kte da cbe kn..okeh la 2...:)

yg duduk dlm sangkar bertali ni, game paintball....3 org operator dan 3 org crew...panas gler time ni...nasib x menyebelahi jgk bg team ni...dpt nbr 5 jerrr....huhu

 penyampaian adiah oleh sultan perlis....kategori fire fighting..cayalah...nampak ensem plak bdk2 yg kt atas stage 2 kn....( tgn dua2 kt dada)...hahahhaha


da puas main robot....time jalan2 la plak kn....haaaaaa,yg ni pic kt Pdg Besar....bdk2 ni, sume g shoping...majoriti beli baju n accesori yg aku sendri pon xtau...jnji ad ole2 dri sn...kn...hehehe



perghhhhhhhhhh, xsangka plak da nk tengahari laaa....cepat sungguh masa ini berlalu...yang hanya berlalu tanpa meninggalkan bunyi...aik..apa kejadanye semua ini...oppsssss, terlebih la plak.....ok la, lps ni kalo ad masa aku masukkan lg entri yg baru.....jmp lgi...


ur sincerely,
Amat
*smpi tebawk-bawak BEL kt dlm ni...

> Aku Tak Sembahyang Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.
Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

> Upaya Menghilangkan Sifat Sombong

Janganlah kita sombong dan angkuh  dengan sesuatu hal yang kita dapat atau kita milki,karena Allah tidak menyukai orang yang sombong sebagaiman firman-Nya;

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan dimuka bumi ini dengan angkuh. sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membagakan diri"(QS Luqman 18)

Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak dapat masuk surga orang yang dalam hatinya terdapat rasa sombong walau seberat debu” (HR Muslim)....oleh karena itu ada upaya yang harus kita lakukan untuk menghilangkan sifat sombong ini dari sikap dan kepriadian kita. agar kita menjadi manusia yang mulia disisi Allah dan dihadapan manusia.

Terdapat 3 upaya untuk menghilangkan sifat sombong
 1) Dengan menyadari jeleknya sifat sombong dan mengetahui akibatnya yang amat buruk dan menyengsarakan,baik didunia maupun diakhirat.untuk mengetahui sifat sombong itu diantaranya dari akibat kesombongan orang lain yang berada disekitar kita,contohnya yang stres setelah tidak menjadi kaya lagi atau penguasa lagi.akibat yang dirasakan di dunia tentu orang yang sombong tidak akan disukai oleh banyak orang.disamping mengalami akibat buruk didunia, orang yang sombong juga akan mengalmi akibat buruk di akhirat dalam bentuk siksa dari Allah SWT,Rasulullah bersabda;

"Orang-orang yang menyombongkandiri akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut-semut kecil dalam benuk laki-laki,mereka ditutupi kehinaan dari berbagai tempat dan mereka digiring kesuatu penjara di dalam neraka jahanam yang disebut bulas,mereka dikelilingi api yang berkobar,mereka diberi minum dari perasan neraka yang akan membinasakan"(HR Nas'I dan Tirmidzi)
Salah satu sifat buruk yang di wariskan iblis laknatullah kepada umat manusia adalah sifat sombong atau al kibr.karena sombong sifat yang tercela. 
At least, ada tiga dampak yang perlu kita pahami, sehingga dengan memahami , kita menjauhi sifat yang buruk ini,

a. merasa paling baik dan benar, kesombongan muncul karena seseorang membagakan diri,dengan apa yang dia miliki,kelebihan dari segi harta, ilmu, fisik dsb
b. tidak senang dengan saran yang diberikan orang lain,dia mersa sudah tidak punya kekurangan lagi,
c. tidak senang dengan kemajuan orang lain,
diantara yang harus kita jauhi

2) dengan mengenal hakikat diri kita yang lemah,karena dengan merasakan betapa banyaknya kekurangan di diri kita insya Allah sifat sombong itu akan hilang,
Kalau kita mau merujuk pada Al Qur'an dalam mengenal jati diri kita sendiri,mka akan kita ketahui bagaimana awal penciptaan diri kita yang bersal dari air mani yang kotor hingga sekarang dan akhirnya akan mati, ini yang akan membuat kita tidak panatas berlaku sombong,

Allah berfirman;
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati(berasal) dari tanah, kemuadan Kami jadikan saripati itu air mani(yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah,lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging,dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang,lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging,kemudian Kami jadikan dia mahluk yang (berbentuk) lain.Maha sucilah Allah Pencipta Yang Paling baik. kemudian sesudah itu kalian benar-benar akan mati (QS Al Muminun 12-15)

 3) dengan selalu berusaha mendekatkan diri kepada Allah. Hal ini terjadi manusia sombong karena manusia jauh dari Allah,akibatnya manusia tidak menyadari bahwa kelak dia akan kembali kepada-Nya.kalau manusia menyadari bahwa dia akan kembali kepda Allah tentu dia selalu berusaha mencari keridhaan-Nya.
Akhirnya menjadi jelas bahwa sifat-sifat bruk harus dicegah dari diri kita masing-masing,tapi kalau sudah terlanjur ada pada hati kita maka diperlukan kesungguhan untuk menghilangkannya.tanpa kesungguhan, sangat sulit bagi kita untuk mendapat keberhasilan.

Tuesday, March 1, 2011

> Tanda-tanda Kejujuran orang yang Bertaubat

Sebatas mengucapkan taubat bukanlah bukti kejujuran melakukan taubat, selama orang yang bertaubat tidak menunjukkan tanda-tanda yang menjadi bukti nyata taubat. Di antara tanda-tanda yang menunjukkan kejujuran orang yang bertaubat adalah:

1. Meninggalkan dosa dan menggantinya dengan ketaatan. Ini adalah bukti kepekaan hati, penyesalan terhadap dosa, dan keinginan untuk bertaubat.

2. Berkeinginan untuk meninggalkan dosa masa lalu dan memperbaiki yang akan datang. Jika pada masa lalu sering meninggalkan ibadah, berbuat dzalim, melakukan kesalahan yang tidak menyebabkan denda, maka hendaknya hamba bersedih karena dia telah melakukan itu semua. Ini adalah bukti pengagungan Allah dalam hati, ketakutan yang sangat akan murka-Nya, pengharapan terhadap ridha-Nya, dan keinginan untuk meraih surga-Nya.

3. Bumi baginya terasa sempit sebagaimana sempitnya bumi bagi Ka’ab bin Malik dan kedua sahabatnya, sehingga dia akan merasa sedih dan menangis yang menghindarkannya dari sendau gurau dan tertawa.

4. Hendaknya keadaan setelah taubat lebih baik dari sebelumnya. Allah berfirman :

"Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Q.S. al-Baqarah : 37)

5. Hendaknya dia tidak merasa aman dengan tipuan (makr) Allah. Allah berfirman :

"Dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya. Karena, sesungguhnya azab Tuhan mereka tidak dapat orang merasa aman (dari kedatangannya)." (Q.S. al-Ma‘ârij : 27-28)

Dia akan disertai rasa takut selama hidupnya dan akan terus dalam keadaan seperti itu hingga mendengar suara malaikat yang akan mencabut nyawanya, sebagaimana disebutkan dalam surat Fushshilat ayat 30:

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan surga (jannah) yang telah dijanjikan Allah kepadamu." (Q.S. Fushshilat : 30)

6. Hamba merasa sakit dan menyesal terhadap dosa yang pernah dilakukannya, dan takut akan akibat yang buruk.

7. Hamba selalu mengingat akan cepatnya bertemu dengan Tuhannya, pada setiap saat dia menanti tibanya ajal. Dan, sesungguhnya ajal itu lebih dekat dengannya daripada tali sepatunya. Rasulullah saw. bersabda:

"Surga itu lebih dekat dengan salah satu di antara kalian daripada tali sepatunya, demikian juga dengan neraka." (HR. Bukhari)

8. Di antara tanda paling kuat kejujuran hamba dalam bertaubat adalah cinta Allah dan Rasul-Nya, cinta orang-orang yang beriman, dan melakukan tindakan yang menunjang cinta ini.

mudah-mudahan kita termasuk kedalam golongan orang-orang yang bertobat,