Monday, May 30, 2011

> Panggilan Pulau 1



Panggilan Pulau ??? tajuk entri pun da macam cerita P.Ramlee kan...tapi bukan cerita P.Ramlee yang aku nak cerita tuk entri kali ni...Panggilan Pulau yang aku maksudkan adalah Pulau Sebatik..iaitu pulau di mana aku di lahirkan...terasa rindu nak balik ke kampung..mungkin disebabkan bosan menunggu kerja mahupun bosan duduk di shah alam ni...hemm, belum ada rezeki agaknya :) ..aik, apasal plak cerita pasal shah alam..dah2 stop...start balik cerita tadi..,mungkin ada di antara anda saudara dan saudari yang tidak pernah kenal malah tidak pernah mendengar nama pulau ni kan....yela pulau sebatik ni tidak terkenal macam Pulau Sipadan tu...cantik, airnya bersih, ramai pelancong...pulau aku ni simple jer tapi aku suka..sebab di sini aku dilahirkan, membesar, suasana kampung, penduduk tak ramai sangat, kenderaan pun tak banyak...memang bes la...bila agaknya aku dapat balik ni???.heemmmmmm......emo sekejap...ni korang bleh tengok pic kat bawah, location di mana pulau sebatik ni...check it now...

klik imej untuk besarkan...heee

amacam ?? nampak tak garisan kuning dekat pulau tu...garisan tu menunjukkan sempadan di mana malaysia dan indonesia dipisahkan....unik kan pulau ni, haaaa pasal tu la aku suka..even, ada yang kata pedalaman la..dekat ngan indon la, jakun la, orang asli la, banyak hutan la...ingat aku ada peduli ka?? hahahaha...pulau ni memang betul-betul between m'sia dan indonesia..korang tak percaya boleh search kat Google yer....heeee

last balik ari tu bulan 10/10 kot..sekarang da nak masuk bulan 06/11...hemmm...lama jugak tak balik..bukan apa, duduk sorang-sorang macam ni selalu teringat kampung...rindu masakan ibu la tu , kawan-kawan pun rindu jugak, lagi satu kebun koko bapak aku...memang rindu la...

tapi aku bernasib baik sebab dekat Facebook aku boleh dapat update berita pasal kampung aku ni..yela, da ada orang buat grup sekampung kan..so dapat join la..then, dorang selalu update...terima kasih kepada admin sebab mewujudkan grup ni yer, boleh la aku tahu pasal kampung jkita ugak kan...tak da la aku balik nanti jadi hairan sangat dengan perubahan di sana..heehe

banyak lagi aku nak cerita ni..tapi pagi ni aku ada kerja yang perlu di setelkan..aku akan sambung semula dalam entri Panggilan Pulau 2....mungkin dalam entri tu aku akan masuk kan suasana di kampung ku..atau apa-apa je la kan..okey guys, makaseh sebab sudi membaca.kita sambung di next entri...tata..titi..tutu..
 
p/s : nasib baik kawan-kawan di sini banyak membantu, xda la bosan sangat..fuhhh

Monday, May 16, 2011

> Selamat hari Guru


A-B-c dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

TERIMA KASIH CIKGU !!!


Monday, May 9, 2011

> Aku Mahu Pulang....


alhamdulillah......Exam da abis....yeahhhhhh.....itu lah kata-kata yang mampu aku ucapkan...saat ni la yang aku tunggu-tunggu.....hilang beban di kepala, sakit-sakit badan pon tiba-tiba hilang bila exam dah abis......penat sebenarnya study....tiada yang mudah dalam dunia ni...semuanya susah....tapi semua tu terpulang daripada kita, nak atau tak nak jer.....

bila exam da abis,semua orang sibuk nak balik kampong....berduyun-duyun budak uitm ke seksyen 17 tu....semua nak beli tiket bas balik ke kampong masing-masing....memang berbaloi setelah duduk sini 4,5 bulan pas tu dapat balik...memang syok.....



majlis perpisahan pun banyak jgak aku tengok dorang anjurkan....almaklumlah semua dah nak grade....tp rasa macam x best pon ada....tapi aku peduli apa, best ka x best ka janji cuti...x payah belajar...penatttt...penaatttt.....kalau masuk jer semester break, mmg aku suka sangat....hahahaha

jadi lepas ni...aku harap kawan-kawan yang aku kenal semasa belajar harap sentiasa keep in touch walau dimana berada...hehehe....lagi-lagi kalau girls....hahahahahahhahaa...gurau..duduk sini dekat 3 tahun, macam-macam perangai aku nampak...karenah budak kecik, budak gedik, kaki kipas, kaki busuk....semua jenis kaki ada......hahahaha...tapi nak buat macam mana...lain manusia lain perangainya... xda yang sama....



aku juz nak ingatkan kepda diri aku dan kawan-kawan semua agar sentiasa menjaga diri masing-masing dan selamat menempuhi alam pekerjaan...salam sayang dari ku untuk semua...heheh

drpd:
amat (bdk system batch 08/11)

Sunday, May 8, 2011

> Ajaibnya Tangan Ibu

Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,

Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,

Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,

Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,

Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,

Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,

Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.

Namun,

Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,

Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,

Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...

Ketika jenazah ibu nak dimandikan...

di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib...

Sentuhan ibu, sentuhan kasih...

Boleh membawa ke Syurga Firdausi...

Ciumlah tangan ibu,

Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood





TERIMA KASIH IBU

Friday, May 6, 2011

> seandainya aku dan kamu semua tahu




Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku


Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu