Kisah Susu Cap Gantung
Suatu malam... seorang ibu telah menasihati anaknya yang sulong agar segera berhenti menyusu badan kerana sepatutnya memberi peluang kepada adiknya yang no 2.
Tidak berpuas hati dengan ibunya si abang sulong terus berebut dengan adiknya setiap hari sehingga adik dan ibunya pun naik boring.
Masuk hari ke nam belas si adik dah tak boleh sabar dah, dia pun terus membuat satu keputusan yang drastik iaitu meletakkan racun di puting ibunya agar abang sulongnya mati dan tidak payah berebut dengannya lagi setiap hari.
Tetiba.....................masuk ari ke tujuh blas, dorang semua terperanjat beruk.....
jeng!.......... jeng!............... jeng
Mereka mendapati bapa mereka telah didapati mati betul-betul disebelah ibunya dan disyaki meminum susu yang mengandungi racun........
Taulah akibatnya
"Suatu pagi... seorang lelaki pergi menemui doktor gigi untuk mencabut gigi
grahamnya
yang rosak. Badannya besar dan gagah tetapi sangat takut dengan jarum
suntikan.
Waktu si doktor mahu menyuntik... lelaki tadi berkata.."Doktor... tolong
jangan suntik, saya takut!".
Mengetahui pesakitnya jenis penakut lalu doktor menawarkan segelas air ubat
penenang untuk diminum agar rasa takutnya berkurang.
Lalu si doktor berkata... "Bagaimana, anda sudah lebih berani sekarang?".
Lelaki menjawab... "Iya.. sekarang saya merasa lebih berani... Siapapun yang
menyentuh gigi saya akan tau akibatnya..."
Penerbangan
Pada sebuah penerbangan dari Kuala Kumpur ke Australia.
"Ini Kapten Kamal berbicara".
"Atas nama seluruh anak kapal kami mengucapkan selamat datang dan selamat
menikmati perjalanan anda bersama Hebat Airlines nombor penerbangan MH101 dari
Kuala Lumpur menuju Australia".
"Saat ini kita berada pada ketinggian 35000 kaki ke arah timur".
"Jika anda melihat ke luar jendela pada sisi sayap, maka anda akan melihat
bahwa kedua mesin sedang terbakar"
"Jika anda melihat ke luar jendela arah ke belakang, maka anda melihat
bahagian ekor sudah mulai tercabut"
"Jika anda melihat ke bawah ke laut, anda akan melihat perahu darurat kecil
berwarna kuning dengan tiga orang melambaikan tangan kepada anda"
"Mereka adalah saya iaitu kapten anda, beserta co-pilot dan seorang
pramugari. Anda sedang mendengarkan rakaman pesan saya"
Dah masuk lapan bulan ni...
Seorang wanita yang sedang hamil 8 bulan pergi ke bank untuk membayar hutang
rumahnya yang tertunggak sebanyak 3 bulan...
Setelah mendapat gilirannya di kaunter.. pegawai berkenaan terus bertanya
tentang loan yang ingin dibayarnya...
"Berapa bulan, Puan...?"
Dengan tersipu-sipu wanita itu menjawab.
"Dah Masuk lapan bulan ni..." sambil mengusap2 perutnya.
Jangan Terlalu Yakin
Amin baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan, dan dia melihat ada dua
orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata : "
Syukurlah,
semuanya sudah berlalu..."
"Jangan terlalu yakin", kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat
tidurnya.
"Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus
menjalani pembedahan sekali lagi....!"
Yusril yang berada disebelah kiri tempat tidurnya menyela : "Kelmarin dulu,
aku juga mengalami pembedahan ulang kerana mereka tertinggal sebuah perkakas
pembedahan di
dalam perutku.."
Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru : "Adakah
sesiapa yang melihat handphone saya?"
Kurang ajar!
Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk
diperdengarkan tuduhan.
"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.
Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"
"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.
Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...
"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar
dengan
menggunakan pisau..!"
"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.
"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.
"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen
dengan menggunakan parang..!" kata hakim.
"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.
Dengan geram Hakim berkata, "Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda
berperangai seperti ini.. saya akan perintahkan anda di masukkan ke Hospital
Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"
"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata... "Saya adalah jiran
pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan
parang... dia selalu cakap... tidak ada!"
No comments:
Post a Comment