Thursday, January 28, 2010

MahligaiKu ..:: Tahukah Suami? ::..

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing
yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah
menyatukan kita.

TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu dan fikirlah 
sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...KALA kau tiada duit, bukankah magic
david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah
kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengcheking "Ada duitkah 
suamiku?"

TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau "Ada duit
ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk berinya nafkah?
Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan 
perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk
suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih
sayang dan belas kasihan TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap 
kentut lagi..Cissss!!

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas
alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak
lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam TAPI yang kau 
tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat
esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak
bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang 
sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju
ni?" Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat
lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia 
sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur (peluk yang
setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"),
hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah 
bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab
sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam
sahaja...

Satu lagi, suami kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan 
tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses sebab itulah dia orang tahu korang buat apa
kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, 
PS2 korang dan lain-lain 

No comments:

Post a Comment