> > Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
> > menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan
> > sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera
> > mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang
> > dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.
> >
> > Kos upah membantu ibu:
> >
> > 1) Tolong pergi kedai RM4.00
> > 2) Tolong jaga adik RM4.00
> > 3) Tolong buang sampah RM1.00
> > 4) Tolong kemas bilik RM2.00
> > 5) Tolong siram bunga RM3.00
> > 6) Tolong sapu sampah RM3.00
> > Jumlah : RM17.00
> >
> > Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
> > sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu
> > mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang
> > kertas yang sama.
> > 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
> > 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
> > 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
> > 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
> > 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian & keperluanmu -
> > PERCUMA
> > Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
> >
> > Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
> > dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah
> > ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".
> > Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah
> > Dibayar" pada mukasurat yang ditulisnya.
> >
> > Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who's
> > next? My Mother!

No comments:
Post a Comment